ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN

WARAN TANGKAP



Seksyen 36. Orang yang ditangkap hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah tanpa kelengahan.

Pegawai Penguat kuasa Agama atau pegawai polis atau orang lain yang melaksanakan waran tangkap hendaklah, tertakluk kepada seksyen 33 tentang jaminan, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke hadapan Mahkamah yang di hadapannya dia dikehendaki oleh undang-undang supaya mengemukakan orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.