ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982
BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS
Seksyen 16. Pembatalan lantikan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh membatalkan lantikan mana-mana ahli Majlis-
(a) jika didapati kelakuannya pada fikiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan mendatangkan kehinaan kepada Majlis sama ada berkenaan dengan kewajipan di atas pekerjaannya atau tidak; atau
(b) jika ia dengan sesuatu sebab tidak boleh dengan sempurnanya menjalankan tugas-tugas pekerjaannya itu, atau
(c) jika seorang ahli dengan tiada apa-apa sebab yang dibenarkan oleh Yang di-Pertua tiada hadir di dalam tiga kali mesyuarat Majlis itu berturut-turut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.