ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 107. Prosedur bila yang dituduh tiada faham prosiding.

Jika orang yang dituduh tidak faham prosiding itu, sungguhpun dia tidak gila, maka Mahkamah bolehlah meneruskan pembicaraan itu dan, jika pembicaraan itu berakhir dengan suatu sabitan maka prosiding itu hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Ulang Bicara dengan suatu laporan berkenaan dengan keadaan-keadaan kes itu, dan Jawatankuasa Ulang Bicara itu hendaklah mencatatkan di dalamnya perintah itu menjatuhkan hukuman sebagaimana yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.