ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 155. Kos.

(1) Tertakluk kepada subseksyen berikut, di dalam semua prosiding di bawah Bab ini dan Bab XVIII, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai untuk memberi apa-apa kos yang difikirkan patut dibayar oleh pengadu kepada orang yang dituduh atau oleh orang yang dituduh kepada pengadu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa kos boleh diberi di dalam mana-mana prosiding yang dibawa terhadap perintah pembebasan.

(2) Kos itu hendaklah ditaksirkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada masa ia memberi keputusan.

(3) Kos tidaklah boleh diberi di dalam mana-mana kes sama ada terhadap atau bagi pihak Pendakwa Syarie.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.