ENAKMEN 9 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 7 - DARIHAL PEMINDAHAN KES JENAYAH
Seksyen 203. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk memindahkan kes.
Bilamana ternyata kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah-
(a)
bahawa suatu perbicaraan yang adil dan saksama tidak dapat diadakan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah;
(b)
bahawa sesuatu persoalan undang-undang yang luar biasa rumitnya berkemungkinan timbul;
(c)
bahawa suatu lawatan ke tempat yang di dalam atau berhampiran dengannya mana-mana kesalahan telah dilakukan mungkin diperlukan supaya perbicaraan yang memuaskan bagi kesalahan itu dijalankan;
(d)
bahawa suatu perintah di bawah seksyen ini akan menjaga kemudahan am pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
(e)
bahawa perintah yang sedemikian adalah suai manfaat bagi mencapai matlamat keadilan, atau adalah dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Enakmen ini,
Hakim itu boleh mengarahkan -
(aa)
supaya mana-mana kes jenayah tertentu dipindahkan ke dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah; atau
(bb)
supaya seseorang tertuduh dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.