ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 54. Pemeriksaan Daftar Perceraian dan Pembatalan.

(1) Tiap-tiap Daftar Perceraian dan Pembatalan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen ini hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana orang setelah dibayar fee yang ditetapkan.

(2) Ketua Pendaftar atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, setelah dibayar fee yang ditetapkan, memberi suatu salinan catatan dalam Daftar Perceraian dan Pembatalan, yang diperakui dengan tandatangan dan meterai jawatan Ketua Pendaftar atau Pendaftar itu, mengikut mana yang berkenaan, kepada seseorang yang menghendakinya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.