ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN VIII - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 96. Perakuan Memeluk Agama Islam.

(1) Pendaftar hendaklah memberi tiap-tiap orang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan suatu Perakuan Memeluk Agama Islam dalam bentuk yang ditetapkan.

(2) Perakuan Memeluk Agama Islam hendaklah menjadi bukti muktamad tentang fakta-fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.