ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - HUKUMAN DAN PELAKSANAAN



Seksyen 122. Peruntukan mengenai hukuman denda.

(1) Jika apa-apa denda dikenakan kemudian dari itu, jika sekiranya tidak ada apa-apa peruntukan nyata berhubung dengan denda dalam undang-undang yang memperuntukkan tentang pengenaan denda itu, peruntukkan berikut hendaklah terpakai:
        Jika tempoh maksima pemenjaraan-
Tempohnya hendaklah tidak melebihi-
        tidak melebihi enam bulan
tempoh maksima penjara
        melebihi enam bulan tetapi tidak melebihi dua tahun
enam bulan
        melebihi dua tahun
satu per empat daripada tempoh maksima pemenjaraan;
        Jika denda itu-
Tempohnya hendaklah tidak melebihi-
        tidak melebihi dua ratus ringgit
satu bulan
        melebihi dua ratus ringgit tetapi
        tidak melebihi lima ratus ringgit
dua bulan
        melebihi lima ratus ringgit
enam bulan;
(2) Sesuatu waran untuk denda dilevi boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia, tetapi jika ia perIu dilaksanakan di luar Negeri Pulau Pinang, ia hendaklah diendorskan bagi tujuan itu oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.