ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IX - BAYARAN KEPADA MAHKAMAH



Seksyen 63. Bayaran masuk.

(1) Defendan boleh membayar wang kepada Mahkamah bagi menjelaskan tuntutan atau mana-mana bahagiannya dan boleh juga membayar sejumlah wang sebagai kos.

(2) Defendan hendaklah memberi notis kepada plaintif mengenai bayaran masuk dan, di mana bayaran masuk itu kurang daripada jumlah yang dituntut notis itu hendaklah menyatakan untuk apa yang bayaran itu dibuat.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.