ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 14. Ditegah menahan secara berlebih-lebihan dan peraturan memeriksa seseorang.

(1) Orang yang kena tangkap itu tidaklah boleh dihalang selain daripada setakat yang difikirkan patut untuk menahannya daripada melarikan diri.

(2) Apabila dikehendaki memeriksa seseorang ia mestilah diperiksa oleh seorang yang sama jantinanya dan tidaklah boleh ia diaibkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.