ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 17. Plaintif remaja mencapai dewasa.

(1) Plaintif yang belum dewasa apabila menjadi dewasa semasa prosiding belum selesai boleh sama ada menarik balik prosiding sebelum mengambil apa-apa langkah di dalam perkara itu atau meneruskan prosiding itu.

(2) Kebenaran Mahkamah untuk menarik balik tindakan itu adalah tidak dikehendaki tetapi peruntukan Bahagian XIV hendaklah dipakai mengenai perkara itu.

(3) Jika plaintif itu menarik balik tuntutannya, dia sendiri tidaklah semestinya bertanggungjawab membayar kos melainkan Mahkamah membuat perintah sedemikian.

(4) Jika plaintif adalah lebih daripada seorang, plaintif yang belum dewasa itu tidak boleh menarik balik tuntutannya tanpa kebenaran Mahkamah, tetapi boleh memohon kepada Mahkamah untuk memotong namanya atau jika dia adalah pihak yang perlu di dalam prosiding memotong namanya sebagai plaintif dan dijadikannya defendant mengikut had-had dan syarat-syarat yang ditentukan oleh Mahkamah.

(5) Jika prosiding itu diteruskan plaintif hendaklah memohon untuk meminda tajuk prosiding itu dan Mahkamah bolehlah memindanya dan melepaskan penjaganya yang sah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.