ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN VI - PENYAMPAlAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA



Seksyen 46. Tempat dan masa.

(1) Penyampaian boleh dilaksanakan di mana-mana tempat, pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa siang atau malam.

(2) Penyampaian selepas pukul 4.00 petang hendaklah disifatkan telah dilaksanakan pada hari berikutnya.

(3) Penyampaian yang telah dilaksanakan selepas tengah hari pada hari sebelum cuti mingguan, atau pada bila-bila masa pada cuti mingguan atau mana-mana cuti umum, hendaklah disifatkan telah dilaksanakan pada hari selepas cuti itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.