ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 37. Prosedur untuk menangkap orang yang terhadapnya waran telah dikeluarkan.

(1) Apabila waran tangkap dilaksanakan di luar kawasan bidangkuasa Mahkamah yang mengeluarkannya, orang yang telah ditangkap hendaklah, melainkan jaminan telah diambil di bawah seksyen 33 dibawa ke hadapan Hakim yang terdekat sekali.

(2) Hakim tersebut hendaklah, jika dia mendapati orang yang ditangkap itu adalah orang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran, mengarahkan dia dibawa dalam tahanan Mahkamah yang dinamakan di dalam waran itu:

Dengan syarat bahawa jika orang yang ditangkap itu bersedia dan bersetuju untuk melaksanakan satu bon dengan penjamin yang mencukupi untuk kehadirannya pada masa yang ditetapkan di hadapan Mahkamah yang mengeluarkan waran, atau arahan telah dicatatkan di bawah seksyen 33 di atas waran dan orang tersebut bersedia dan bersetuju untuk memberi jaminan yang diperlukan oleh arahan tersebut, Hakim itu hendaklah mengambil bon atau jaminan itu, mengikut mana yang berkenaan, dan mengemukakan bon kepada Mahkamah yang disebut di dalam waran itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.