ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XVIII - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 131. Perintah ansuran.

(1) Mana-mana penghutang yang terhadapnya penghakiman telah atau diberi boleh memohon kepada Mahkamah untuk kebenaran membayar hutang penghakiman itu secara ansuran atau jika suatu perintah bayaran secara ansuran telah dibuat untuk kebenaran membayar ansuran dengan kadar yang lebih rendah, dan Mahkamah, selepas mendengar pihak-pihak berkenaan boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut.

(2) Jika mana-mana ansuran tersebut tidak jelaskan dalam tempoh masa lebih daripada satu bulan, perintah tersebut hendaklah disifatkan telah dibatalkan dan pemiutang penghakiman boleh memohon perlaksanaan penghakiman yang telah diberi dengan sepenuhnya, tetapi penghutang penghakiman boleh memohon untuk mendapat perintah lain.

(3) Mana-mana pihak boleh, jika suatu perintah bayaran secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan atau ansuran itu ditambahkan dan Mahkamah selepas mendengar pihak-pihak, boleh membuat apa-apa perintah yang difikir patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.