ENAKMEN 11 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 5. Jemaah Pengurusan.

(1) Setiap permohonan untuk pendaftaran sebuah Sekolah Agama, hendaklah disertai dengan satu suratcara dalam bentuk yang ditetapkan untuk menubuhkan suatu Jemaah Pengurusan untuk sekolah itu.

(2) Jemaah Pengurusan hendaklah mentadbir semua aset dan harta Sekolah Agama bagi pihak Majlis.

(3) Tiap-tiap Jemaah itu hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang yang hendaklah memegang apa-apa jawatan yang perlu bagi mana-mana Sekolah Agama yang tertentu dan mempunyai apa-apa kuasa dan tugas yang ditetapkan oleh suratcara itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.