ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXV - PEMINDAHAN KES-KES JENAYAH
Seksyen 206. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memindahkan kes-kes.
Apabila nyata didapati kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
---
(a)
bahawa perbicaraan yang adil dan tidak berat sebelah tidak boleh diadakan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah; atau
(b)
bahawa ada kemungkinan beberapa soalan undang-undang yang rumit akan berbangkit; atau
(c)
bahawa lawatan ke tempat di mana atau yang berhampiran dengan tempat kesalahan itu telah dilakukan mungkin diperlukan untuk membolehkan sesuatu perbicaraan diadakan dengan memuaskan; atau
(d)
bahawa perintah di bawah seksyen ini akan membawa kemudahan secara am kepada pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
(e)
bahawa perintah ini suai-manfaat bagi mencapai keadilan, atau dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Enakmen ini,
Hakim itu boleh memerintahkan
---
(i) supaya sesuatu kes jenayah tertentu dipindahkan dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah; atau
(ii) supaya seseorang dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.