ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN 1 - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 5. Keterangan boleh diberi mengenai kenyataan yang menjadi soal dan Qarinah.

Keterangan boleh diberi dalam mana-mana guaman atau pembicaraan mengenai wujud atau tidak wujudnya tiap-tiap nyataan yang menjadi soal dan mengenai nyataan lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah dan tidak mengenal mana-mana nyataan lain.

Huraian-Seksyen ini tidak memboleh sesiapa memberi keterangan mengenai sesuatu nyataan yang ia tidak berhak membuktikan menurut undang-undang berhubung dengan acara mal.

MISALAN

A dituduh memukul B isterinya dengan tongkat dengan niat hendak menyiksanya.
Dalam pembicaraan A, nyataan yang berikut adalah menjadi soal:
A memukul B dengan tongkat itu.
A menyakiti B dengan pukulan itu dengan niat hendak menyiksa B.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.