ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 3. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain---

"akil" ertinya sempurna akal;

"baligh" ertinya telah cukup umur mengikut Hukum Syara';

"bayyinah" ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah;

"dokumen" ertinya apa-apa perkara yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua peranti lain, dengan menggunakan-
atau dengan lebih daripada satu cara yang disebutkan dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun bagi menggambarkan hal itu;

MISALAN

Tulisan ialah dokumen.

Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf ialah dokumen.

Peta, pelan, graf atau lakaran ialah dokumen.

Inskripsi pada kayu, logam, batu, atau apa-apa benda, bahan atau barang lain ialah dokumen.

Lukisan, citra, gambar, atau karikatur ialah dokumen.

Fotograf atau negatif ialah dokumen.

Rakaman pita komunikasi telefon, termasuklah rakaman komunikasi sedemikian yang dipancarkan dari suatu jarak ialah dokumen.

Rakaman fotografi atau rakaman visual lain, termasuk rakaman pemancaran fotografi atau pemancaran visual lain dari suatu jarak ialah dokumen.

Hal yang dirakam, disimpan, diproses, didapati semula atau dikeluarkan oleh komputer ialah dokumen.

"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Selangor) 1989 [Sel.Enakmen 2/89];

"fakta" ertinya dan termasuklah---
"fakta persoalan" ertinya apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, kewujudan atau ketakwujudan, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding semestinya dapat disimpulkan;

MISALAN


"filem" ertinya dan termasuklah mikrofilem dan apa-apa negatif;

"Hakim" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masing di bawah seksyen 38(1A), 38(1) dan 40(1) Enakmen Pentadbiran;

"Hukum Syarak" ertinya undang-undang Islam mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf;

"keterangan" termasuklah---
"komputer" ertinya apa-apa peranti bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau hal lain, atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihalan apa pun peranti itu disebut; dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih dalam satu kombinasi atau perturutan atau walau bagaimana jua pun selainnya disatukan, alat-alat itu hendaklah dikira sebagai sebuah komputer;

" mahkamah" atau "mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 37 Enakmen Pentadbiran;

"mikrofilem" ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuklah mikrofis;

"negatif" ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuk apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotografi negatif asal;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 55 Enakmen Pentadbiran;

"qarinah" ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Enakmen ini;

"saksi" tidak termasuk plaintif, defendan dan tertuduh;

"syahadah" ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di mahkamah dengan menggunakan lafaz 'asyhadu' untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan;

"'urf" ertinya adat atau kebiasaan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.

(2) Dalam Enakmen ini---
(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.