ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 43. Pendaftar dan lain-lain Pegawai Mahkamah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas syor Ketua Hakim Syarie boleh melantik dari kalangan anggota-anggota Perkhidmatan Awam seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, seorang Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan beberapa orang Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah.

(2) Maka hendaklah dilantik bailif, penghantar saman dan lain-lain pegawai Mahkamah sebagaimana yang diperlukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.