ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXIV - PELBAGAI



Seksyen 229. Perintah untuk hadir sendiri.

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, Mahkamah boleh atas sebab-sebab yang mencukupi memerintahkan mana-mana pihak kepada mana-mana prosiding hadir sendiri pada bila-bila masa, melainkan pihak itu berada di luar Negeri Perak Darul Ridzuan, dan kegagalan mematuhi perintah itu dengan sengaja adalah suatu penghinaan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.