ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN 1 - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH AM
Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas



Fasal 23. Bila catatan dalam rekod awam yang dibuat pada melaksanakan kewajipan ialah qarinah

Sesuatu catatan dalam mana-mana daftar, rekod atau mana-mana buku awam atau buku rasmi yang lain yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan dan dibuat oleh seseorang pengkhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang diperintahkan dengan khususnya oleh undang-undang negara di mana daftar, rekod atau buku itu disimpan, ia dengan sendirinya qarinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.