ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN XI - AM
Fasal 123. Kuasa am untuk membuat peraturan-peraturan.
(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan membuat peraturan-peraturan, yang hendaklah disiarkan dalam
Warta
bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
(2) Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan bagi –
(a)
tatacara Majlis, bentuk dan cara penyempurnaan suratcara oleh Majlis, dan pelantikan pegawai-pegawai Majlis;
(b)
fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini, dan cara memungut dan melupuskan fi-fi itu;
(c)
pelantikan jawatankuasa-jawatankuasa Majlis dan kuasa, kewajipan dan tatacaranya;
(d)
borang, daftar, buku akaun, laporan, akaun, anggaran, dan dokumen lain yang hendaklah digunakan berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini;
(e)
pengelolaan pungutan khairat dan pelupusan hasilnya;
(f)
pengelolaan masjid atau surau atau tanah perkuburan dan semua perkara yang berhubungan dengannya;
(g)
kuasa dan tugas Pegawai Masjid;
(h)
penentuan dan pindaan sempadan kariah masjid;
(i)
penjagaan dan pengajaran bagi muallaf, dan kaedah untuk mendaftarkan muallaf;
(j)
Tertakluk kepada Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1991, pentadbiran sekolah-sekolah Islam dan kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran agama Islam; dan
(k)
perkara-perkara lain yang difikirkan perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.