ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 90. Mahkamah memutuskan kebolehterimaan keterangan.

(1) Apabila salah satu pihak bercadang hendak memberi keterangan sesuatu fakta, mahkamah bolehlah bertanya kepada pihak yang bercadang hendak memberi keterangan itu bagaimanakah fakta yang dikatakan itu, jika dibuktikan, akan menjadi qarinah, dan mahkamah hendaklah menerima keterangan itu jika difikirkannya bahawa fakta itu, jika dibuktikan, akan menjadi qarinah, dan tidak selainnya.

(2) Jika fakta yang dicadangkan hendak dibuktikan itu adalah suatu fakta yang keterangan mengenainya boleh diterima hanya setelah sesuatu fakta lain dibuktikan, maka fakta yang kemudian disebut itu mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberi mengenai fakta yang mulamula disebut itu, melainkan jika pihak itu mengakujanji hendak membuktikan fakta itu dan mahkamah berpuas hati dengan akujanji itu.

(3) Jika kerelevanan suatu fakta yang dikatakan adalah bergantung kepada terbuktinya terlebih dahulu suatu fakta lain yang dikatakan, mana mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, sama ada membenarkan keterangan mengenai fakta yang pertama itu diberikan sebelum fakta yang kedua itu dibuktikan, atau pun menghendaki supaya keterangan diberikan mengenai fakta yang kedua itu sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang pertama itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.