ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN 1 - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH AM
Sebanyak Mana Pernyataan dikehendaki dibuktikan



Fasal 27. Apa-apa keterangan yang dikehendaki diberi apabila pernyataan menjadi sebahagian daripada percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas

Apabila apa-apa pernyataan, yang mengenainya keterangan diberikan, menjadi sebahagian daripada suatu pernyataan yang lebih panjang atau sebahagian daripada suatu percakapan, atau sebahagian daripada suatu dokumen yang terpencil atau terkandung dalam dokumen yang menjadi sebahagian daripada suatu buku atau sebahagian daripada suatu siri surat atau kertas yang berkaitan, maka keterangan hendaklah diberikan mengenai hanya sekian banyak daripada pernyataan, percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah dalam hal tertentu itu untuk memahami dengan sepenuhnya jenis dan kesan pernyataan itu dan juga hal keadaan di bawahnya pernyataan itu telah dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.