ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
Seksyen 20. Peraturan mesyuarat dan pengundian.
(1) Pengerusi hendaklah menetapkan tertib perkara-perkara yang dimesyuaratkan.
(2) Pengerusi boleh menentukan tertib ahli-ahli yang hendak bercakap dalam mesyuarat dan boleh juga mengkehendaki mana-mana ahli berhenti dari bercakap di dalam mesyuarat.
(3) Jika berlakunya persamaan undi bagi apa-apa ketetapan, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.