ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 103. Taz'ir.

Tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Mahkamah boleh mengenakan hukuman taz'ir ke atas mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Hukum Syarak yang tidak diperuntukkan oleh Enakmen ini dan, apabila disabitkan, orang itu hendaklah dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.