ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP DAN LAIN-LAIN



Seksyen 172. Permohonan tahan harta tak alih.

(1) Suatu permohonan tahanharta sebelum penghakiman hendaklah dibuat di dalam Borang 27.

(2) Suatu perintah tahanharta sebelum penghakiman hendaklah disampaikan kepada bailif bersama dengan satu salinan tiap-tiap afidavit yang digunakan dalam permohonan itu.

(3) Bailif hendaklah menyerahkan perintah tersebut kepada orang yang hartanya telah ditahan dan juga salinannya jika ia memohonnnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.