ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IX - BAYARAN KEPADA MAHKAMAH



Seksyen 64. Bayaran keluar.

Tertakluk kepada seksyen 15 dan seksyen-seksyen 68 dan 69, di mana bayaran masuk adalah sama dengan jumlah yang dituntut atau plaintif memilih menerimanya sebagai penjelasan kepada semua atau mana-mana bahagian tuntutannya, jumlah itu hendaklah dibayar keluar kepadanya, dan ia boleh mendapat penghakiman bagi semua kos yang sebenar dibelanjakan sebelum menerima notis bayaran masuk itu, dan kos mendapat penghakiman bagi kos tersebut, melainkan dibayar tanpa perintah. Jika penjelasan itu adalah mengenai sebahagian dari tuntutannya, plaintif boleh meneruskan bahagian yang lain tuntutan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.