ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Fasal 91. Sekatan bagi pewujudan amanah khairat.

(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa adalah batal dan tak sah melainkan jika –


(3) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah apa-apa wasiat, alang semasa marad-al-maut atau nazr yang tak sah di bawah peruntukan-peruntukan Hukum Syarak.

(4) Apa-apa wakaf atau nazr yang sah menurut Enakmen terdahulu hendaklah terus sah bagi maksud Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.