ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VI - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH DIRI



Seksyen 45. Perhubungan muabbad dan ghairu muabbad.

(1) Seseorang lelaki atau perempuan yang melakukan persetubuhan atau kelakuan sumbang dengan seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, di mana hubungan antara mereka adalah muabbad mengikut Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan sebat tidak lebih daripada enam kali.

(2) Seseorang lelaki atau perempuan yang melakukan persetubuhan atau kelakuan sumbang dengan seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, di mana hubungan antara mereka adalah ghairu muabbad mengikut Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan sebat tidak lebih daripada tiga kali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.