ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 79. Beban membuktikan kematian orang yang diketahui masih hidup dalam masa tiga puluh tahun dahulunya.

Tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang bertulis, apabila soalnya ialah sama ada seseorang masih hidup atau telah mati dan keterangan ada ditunjukkan bahawa orang itu masih hidup dalam masa tiga puluh tahun dahulunya, maka beban membuktikan bahawa ia telah mati adalah terletak atas orang yang mendakwa demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.