ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan
Seksyen 21. Mas kahwin dan pemberian.
(1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.
(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan-
(a)
nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
(b)
nilai dan butir-butir lain pemberian;
(c)
nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akad nikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan
(d)
butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.