ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 22. Kesalahan dan penalti

Mana-mana orang yang menubuhkan, menguruskan atau mengendalikan Sekolah Agama tanpa Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini, atau bertindak dengan melanggari Enakmen ini, atau mana-mana Kaedah yang dibuat di bawahnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan, melainkan jika hukuman ada ditetapkan bagi kesalahan itu, boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau dalam hal kesalahan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.