ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 183. Hakim tidak boleh membicarakan kesalahan tertentu yang dilakukan di hadapannya

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 177 dan 182, tiada Hakim boleh membicarakan mana-mana orang bagi apa-apa kesalahan jika kesalahan itu dilakukan di hadapannya atau sebagai menghina kuasanya, atau dengan pengetahuannya dalam perjalanan sesuatu prosiding kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.