ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - AM



Seksyen 6. Bahasa rekod.

(1) Bahasa Malaysia hendaklah menjadi bahasa Mahkamah tetapi Mahkamah boleh bagi kepentingan keadilan membenar penggunaan mana-mana bahasa lain.

(2) Segala dokumen atau rekod perbicaraan bolehlah ditulis atau ditaip dalam skrip Jawi atau Rumi.

(3) Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menyimpan dan menjaga rekod yang lengkap dan betul berkenaan dengan segala tindakan atau perbicaraan dihadapannya, akuan yang lengkap dan betul mengenai segala urusan kewangan Mahkamah dan hendaklah mengakaunkan segala wang yang diterima mengikut cara yang diperuntukkan oleh Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.