ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PENGAKADNIKAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 38. Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan dilakukan.


Jika seseorang bagi maksud mendapatkan suatu perkahwinan dilakukan di bawah Enakmen ini, sengaja membuat sesuatu akuan atau pernyataan yang palsu, maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.