ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 1 - BEBAN MEMBUKTIKAN



Fasal 80. Beban membuktikan bahawa seseorang yang tidak didengar khabar mengenainya selama empat tahun masih hidup.

Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.