ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis
Seksyen 146. Pendapatan daripada wakaf dan nazar am.
(1) Pendapatan daripada sesuatu wakaf khas, jika ada diterima oleh Majiis, hendaklah digunakan olehnya mengikut peruntukan-peruntukan yang sah wakaf khas itu.
(2) Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf yang lain dan tiap-tiap nazar am hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang dan menjadi sebahagian daripadanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.