ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 26. Kuasa untuk memburu dan menangkap semula

Jika seseorang yang dalam jagaan sah melarikan diri atau dilarikan daripada tahanan, orang yang daripada jagaannya dia melarikan diri atau dilarikan itu boleh dengan serta-merta memburu dan menangkapnya di mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa tempat dia berada dalam jagaan sedemikian, dan memperlakukan orang itu sebagaimana yang boleh diperlakukannya semasa penangkapan yang mula-mula itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.