ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN XXII - WANG DAN HARTA DI DALAM MAHKAMAH



Seksyen 220. Dana wang tak dituntut, dsb.

(1) Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, dana di dalam Mahkamah dan semua barang kemas, sekuriti dan harta alih, selain wang, dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang dikehendaki bagi maksud pendengaran atau prosiding, yang tidak dituntut selepas lima belas tahun, hendaklah menjadi harta dan terletak hak pada Baitulmal.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak menuntut dan jika berpuas hati bahawa pihak menuntut itu berhak kepada wang atau harta yang terletak hak pada Baitulmal di bawah subseksyen (1), memerintahkan Baitulmal membayar wang atau memulangkan harta itu atau nilainya kepada pihak menuntut itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.