ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
KUMPULAN WANG PENTADBIRAN AM DAN KUMPULAN WANG ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 70. Kuasa-kuasa terhadap hartabenda di bawah kelolaan Majlis.

(1) Melainkan diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini, Majlis bolehlah, dengan persetujuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan menjual, mencagar, memajak, menggadai, membuat pawahan, memindah milik, menukar, menolak atau membuat apa-apa ikatan mana-mana harta takalih di bawah pengelolaannya bagi maksud Enakmen ini, sama ada ianya menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Pentadbiran Am atau tidak.

(2) Melainkan diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini, harta-harta pelaburan, pendapatan pendapatan dan mana-mana kumpulan wang yang dikelolakan oleh Majlis bolehlah dijual, dinilai atau ditolak dan ia bersama dengan pendapatannya bolehlah dilabur dari semasa ke semasa mengikut sebagaimana yang diluluskan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa pada masa itu mengenai pelaburan wang amanah atau dalam mana-mana atau di atas mana-mana hak dalam harta takalih yang terletak dalam Negeri ini.

(3) Majlis hendaklah mempunyai kuasa meminjam wang, sama ada dengan mencagarkan mana-mana aset daripada Kumpulan Wang Pentadbiran Am atau tidak, atau dengan apa cara yang patut, setelah diampuni perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, dan mana-mana wang yang terhutang dengan cara itu adalah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Pentadbiran Am.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.