ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 32. Jawatankuasa tatatertib

(1) Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori yang berlainan pegawai-pegawai dan pekhidmat-pekhidmatnya.

(2) Yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa tatatertib -


(3) Sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai-pegawai dan pekhidmat-pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

(4) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 33.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.