ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK, DAN ORANG LAIN
Seksyen 70. Hak tempat tinggal.
(1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin, selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.
(2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) akan terhenti-
(
a
)
jika tempoh
'iddah
telah tamat; atau
(
b
)
jika tempoh penjagaan anak telah tamat; atau
(
c
)
jika perempuan itu telah berkahwin semula,
dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.