ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982
BAHAGIAN III - PENUBUHAN MAHKAMAH-MAHKAMAH, PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN BIDANGKUASA MEREKA
Seksyen 51. Pegawai yang berkuasa menangkap tanpa waran dan bilamasanya untuk membuatnya.
Mana-mana Merinyu Ugama, Penghulu, Ketua Kampung, Imam, Khatib, Pemeriksa Hal Ehwal Ugama dan Pegawai Polis boleh menangkap dengan tidak berwaran-
(a) mana-mana orang Islam jika aduan yang menasabah terhadapnya telah dibuat atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima di atas kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 49 atau tidak ada menanggung syak yang menasabah bahawa ianya sudah mengambil peranan dalam kesalahan-kesalahan itu;
Dengan syarat selepas penangkapan itu, jika dibuat oleh pegawai-pegawai selain dari Merinyu Ugama, aduan hendaklah dibuat kepada Merinyu Ugama;
(b) Mana-mana Orang Islam yang sudah dapat melepaskan diri selepas tangkapan dibuat di bawah perenggan
(a)
;
(c) Mana-mana Orang Islam jika di hadapan pegawai-pegawai tersebut di atas melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 50 dan enggan memberitahu pegawai-pegawai itu nama dan tempat tinggalnya dalam Malaysia atau pegawai-pegawai itu ada sebab-sebab mempercayai bahawa nama dan tempat tinggal yang diberinya itu adalah palsu dan tangkapannya adalah bertujuan untuk menentukan nama dan tempat tinggalnya dan oleh itu dalam masa dua puluh empat jam sejak tangkapan itu dibuat tidak termasuk masa yang mustahak untuk membuat perjalanan itu, ia hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah yang berhampiran sekali melainkan sebelum dari itu nama dan tempat tinggalnya yang sebenar dapat ditentukan dan jika dapat ditentukan ia hendaklah dilepaskan dengan serta merta.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.