ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 4. Kesalahan memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seseorang Islam untuk menjadi seorang penganut atau anggota dsb. suatu agama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia-
seorang Islam-
(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

(3) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa tertuduh itu mempunyai sebab untuk mempercayai, dan sebenarnya mempercayai, bahawa orang lain itu bukan seorang Islam.

(4) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa orang lain itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh tertuduh itu kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.