ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XX - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 164. Jumlah bon.

Jumlah bon yang dilaksanakan di bawah Bab ini hendaklah ditetapkan dengan mengambil perhatian kepada keadaan di dalam kes supaya mencukupi untuk kehadiran orang yang ditangkap itu, akan tetapi tidak seharusnya berlebih-lebihan dan Jawatankuasa Ulang Bicara boleh, di dalam mana-mana kes, sama ada terdapat rayuan dari sabitan atau tidak, mengarahkan supaya seseorang itu diberi jamin atau jaminan yang diperlukan oleh Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis atau Mahkamah dikurangkan atau ditambah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.