ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 53. Maklumat.

(1) Tiap-tiap maklumat berhubung dengan berlakunya sesuatu kesalahan jika diberi dengan lisan kepada seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama, hendaklah ditulis olehnya atau di bawah arahannya dan dibaca balik kepada pengadu itu.

(2) Tiap-tiap maklumat tersebut hendaklah di tuliskan ke dalam Borang 5 dalam Jadual yang akan disimpan oleh pegawai tersebut, yang hendaklah mencatatkan dalam Borang itu tarikh dan waktu maklumat itu telah diberi, dan sama ada diberi dengan bertulis atau dituliskan seperti tersebut di atas.

(3) Tiap-tiap maklumat tersebut hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberinya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.