ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

Seksyen 103. Penjaga bagi anak yatim.
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 103. Penjaga bagi anak yatim.

Jika bapa dan datuk lelaki seseorang kanak-kanak telah mati tanpa melantik seorang penjaga melalui wasiat, mana-mana penghulu, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, mana-mana orang yang mempunyai jagaan kanak-kanak itu, atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa seorang Pelindung di bawah Akta Kanak-Kanak 2000 [Akta 611], boleh menyebabkan kanak-kanak itu dibawa ke hadapan Mahkamah dan Mahkamah boleh melantik seorang penjaga sama ada bagi diri atau bagi harta kanak-kanak itu atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.