ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 151. Perintah mengambil keterangan lanjut.

(1) Di dalam memutuskan mana-mana rayuan di bawah Bab ini Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, jika ia fikir keterangan tambahan adalah perlu, boleh sama ada mengambil sendiri keterangan berkenaan atau mengarahkannya diambil oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Jika keterangan tambahan diambil oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, dia hendaklah memperakukan keterangan itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, dan sesudah itu hendaklah dengan seberapa segera yang boleh terus menyelesaikan rayuan itu.

(3) Kecuali jika Hakim Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan sebaliknya, orang yang dituduh atau Peguam Syarienya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.