ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 74. Melacurkan isteri dan anak.


(1) Seseorang suami yang melacurkan isterinya atau membiarkan isterinya melacurkan dirinya adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaanya atau membenarkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaanya itu melacurkan diri adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.